Pada tahun 2008, Insan yang kerdil ini berasa terharu apabila membaca sepucuk surat. Surat tersebut menyatakan tawaran belajar ke peringkat ijazah sarjana muda, lebih gembira ahli keluarga kerana tawaran ini juga menawarkan bidang pendidikan. Riaksi yang paling gembira adalah orang tua ku iaitu ibu dan ayah yang menginginkan anak-anaknya mendapat pekerjaan yang baik dan menjamin masa depan malahan bakal mencurahkan ilmu kepada masyarakat juga.
Dengan keizinan dan harapan tinggi daripada kedua ibubapa dan ahli keluarga, diri ku ini terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh lagi belakang bagi mencapai kejayaan walaupun pada peringkat awal ada sedikit masalah yang timbul. Alhamdullilah dengan berkat doa semua ahli keluarga dapat atasi dengan baik. Sampai di Tanjung Malim, Perak diri ku ini berasa teruja kerana dapat sambung belajar di menara gading yang merupakan harapan bagi setiap anak muda untuk mencapai cita-cita dan dapat juga merasai berdikari ketika berjuahan dengan keluarga.
Pada mulanya agak janggal bagi diri ku ini kerana aku berasal dari kampung dan kawasan pendalaman di utara, Kedah. Diri ku ini tidak bergitu arif dengan dunia luar ketika itu. Ketika itu juga lah berlaku kejutan budaya terhadap diri ku ini. Alhamdullilah masih dapat mengawal tingkah laku dan disiplin terhadap diri ku ini. Sepanjang pengajian selama 4 tahun, diri ku ini telah menimba pelbagai ilmu dan pengalaman secara langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan bidang pendidikan dan lain-lainnya. Diri ku ini telah mencuba pelbagai cabaran dan merebut peluang bagi menimba ilmu dengan menyertai badan, persatuan dan organisasi yang ada di UPSI. Antaran yang paling aku bergiat aktif adalah Persatuan Mahasiswa/i Kemahiran Hidup UPSI dan Sukarelawan Siswa/i Polis (SUKSIS). Pelbagai kenangan manis sepanjang aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan mengasah bakal yang ada pada diri ku ini, sebelum ini kurang dedah di peringkat sekolah kerana diri ku dulu seorang pemalu dan gemuruh ketika dihadapan orang ramai.
Sepanjang pengajian juga, telah menjadikan diri ku ini seorang yang suka melakukan sesuatu yang baru dan mencabar tahap keupayaan diri sendiri dengan mengambil peluang yang ada sama ada dalam bilik kuliah sehinggalah padang kawad. Seorang bakal pendidik bukan hanya tahu apa yang hendak disampaikan kepada orang lain tetapi perlu mengetahui keupayaan, kelebihan dan kelemahan diri sendiri untuk menjadikan diri sendiri yang mempunyai perwatakan yang tersendiri.
Pada Tahun ketiga, tarikh 10 Julai 2011 diriku ini telah berjaya menamatkan latihan sebagai anggota SUKSIS. Selama 2 minggu berkampung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalani latihan kawad dan lintas hormat kepada barisan tertinggi pasukan polis negara iaitu Ketua Polis Negara. Alhamdullilah syukur akhirnya dapat menerima Sijil Kor Suksis IPTA dengan jayanya, mendapat pangkat Inspektor Kor Suksis Insp/KS40010. Terima kasih tidak terhingga kepada kesemua jurulatih dan pegawai SUKSIS UPSI yang banyak membantu diri ku ini menamatkan latihan selama 3 tahun dan memberi ilmu dan pengalaman dalam dunia kepolisan. Secara tidak langsung menjadikan diri ku ini lebih berdisiplin, tegas dan cepat bertindak dengan arahan. Pada tahun berikutnya. Sekali lagi diri ku ni berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda pendidikan pada tempoh yang telah ditetapkan. Berkat doa kedua orang tua dan ahli keluarga ku dan disiplin diri ku ini. Aku juga mendapat beberapa kali sijil dekan sepanjang pengajian dan akhirnya mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) dengan Kepujian Kelas Kedua Atas.
Tarikh keramat iaitu pada 09 Mei 2012, Diri ku sekali lagi dapat naik pentas konvokesyen, kali ini di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah UPSI bagi menerima ijazah sarjana muda pendidikan daripada tangan Canselor UPSI sendiri Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Zara Binti Salim Davidson.
Bermulalah Seorang Pendidik Muda dengan panggilan " Cikgu Zaidi "
0 comments:
Post a Comment