SEKOLAH PERTAMA KU BERKHIDMAT


Pada tarikh 01 Mac 2013, secara rasminya menjadi salah seorang tenaga pengajar di sini. Sudah hampir 4 tahun diri ku ini berkhidmat bakti mencurahkan ilmu dan tenaga bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berdisiplin tinggi. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh diri ku ini daripada sudut pelajar, pelbagai ragam tingkah laku pelajar sama ada dalam kelas atau di luar kelas. Sebagai pendidik haruslah menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri pelajar ku. Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sepanjang 4 tahun ini juga bermacam-macam peristiwa pahit manis menjadi seorang pendidik yang akan menjadi ingatan sepanjang kehidupan diri ku ini. Pada tahu ini 2016, sekolah ini akan menyambut 200 tahun penubuhannya, sekolah tertua di Malaysia malahan di Asia Tenggara. Pelbagai program yang telah dan akan dijalankan sepanjang tahun 2016 ini, diri ku terlibat secara langsung dengan program-program ulang tahun penubuhan sekolah ini dan program yang sedia ada yang berlaku setiap tahun. Tanggal 21 Oktober tahun ini merupakan ulang tahun penubuhan sekolah ini, hari tersebut juga merupakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan. Tahun ini, Hari Ucapan merupakan program kemuncak sambutan 200 tahun Penang Free School dengan kehadiran bekas-bekas pelajar  "Old Free" dan juga keberangkatan mencemar  Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bagi merasmikan Hari Ucapan sekali gus merasmikan 200 tahun ulang tahun penubuhan Penang Free School.










0 comments:

Post a Comment