SEJARAH PENDIDIKAN KU.

Mendapat pendidikan awal di pusat asuhan keda (Tadika) satu ketika dahulu. Di awal usia 4 tahun sehinggalah usia 6 tahun. Pusat Asuhan Keda tidak jauh dengan rumah kerana masih dalam kawasan kampung, pusat asuhan ini bergabung dengan surau, tingkat atas merupakan surau manakala bawahnya merupakan pusat asuhan kanak-kanak bagi  penduduk kampung tersebut. Bangunan tersebut sudah tiada sekarang kerana surau kampung di naik taraf bagi menampung jumlah jemaah serta bangunan sebelum ini sudah tidak selamat digunakan lagi. Seterusnya menyambung pendidikan di sekolah rendah iaitu SK Siong daripada usia 7 tahun hingga 12 tahun (1995 - 2000). Pada tahun 6 telah menduduki peperiksaan awan iaitu  Ujian Prestasi Sekolah Rendah ( UPSR ) pada tahun 2000.
Mendapat keputusan agak baik dalam UPSR dan meneruskan pelajaran ke sekolah menengah iaitu SMK Siong. Sekolah ini tidak jauh dengan sekolah rendah sebelum ini. Jarak sekolah dengan kampung lebih kurang 5 km sahaja. Menimba ilmu sebaik mungkin selama 5 tahun dari tahun 2001 sehingga 2005. Pada tahun 2003 sekali lagi menduduki peperiksaan awan dikenali sebagai Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) kalau masa kini setaraf dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) walaupun keputusan agak cemerlang masih meneruskan pelajaran sehingga ke tingkatan 5 meski pun mendapat tawaran belajar ke institusi pendidikan lain iaitu Politeknik dan seangkatan dengannya.
Pada tahun 2005 sekali lagi menduduki peperiksaan awan yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan SPM ini akan menentukan langkah seterusnya untuk ke universiti atau setaraf dengannya. Dengan berbekalkan keputusan cemerlang telah mendapat 3 tawaran pengajian bagi aliran berbeza. Akhirnya kata sepakat ahli keluarga keputusan sambung pelajaran dengan menyabung belajar Tingkatan 6 di SMK Baling, sekolah tersebut di tengah-tengah kawasan pekan baling. Jarah rumah ke sekolah ajak jauh dengan itu menumpang dan berkongsi rumah sewa dengan sepupu Ustaz Zaidi ( arwah ) bagi mudahkan berulang alik ke sekolah tapi hanya tahun pertama ( 6 bulan ) sahaja. Tahun 2 berulang dari rumah kakak sulung di Kuala Ketil ke Baling.
 Pada tahun 2007, menduduki peperiksaan awan yang paling mencabar dan sukar iaitu peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat keputusan yang cemerlang tanpa melepaskan peluang untuk menyambung pengajian lebih tinggi dengan memohan universiti-universiti awan Malaysia. Pada tahun 2008, Akhirnya mendapat tawaran pengajian  salah sebuah universiti terkenal dalam bidang pendidikan di Malaysia iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebelum itu kenali sebagai IPSI sebelum dinaik taraf menjadi sebuah universiti awan. Selama 4 tahun menimba ilmu dan pengalaman untuk menjadi seorang insan bergelar guru juga pendidik.

0 comments:

Post a Comment