Pada tarikh 01 Mac 2013, secara rasminya menjadi salah seorang tenaga pengajar di sini. Sudah hampir 4 tahun diri ku ini berkhidmat bakti mencurahkan ilmu dan tenaga bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berdisiplin tinggi. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh diri ku ini daripada sudut pelajar, pelbagai ragam tingkah laku pelajar sama ada dalam kelas atau di luar kelas. Sebagai pendidik haruslah menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri pelajar ku. Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sepanjang 4 tahun ini juga bermacam-macam peristiwa pahit manis menjadi seorang pendidik yang akan menjadi ingatan sepanjang kehidupan diri ku ini. Pada tahu ini 2016, sekolah ini akan menyambut 200 tahun penubuhannya, sekolah tertua di Malaysia malahan di Asia Tenggara. Pelbagai program yang telah dan akan dijalankan sepanjang tahun 2016 ini, diri ku terlibat secara langsung dengan program-program ulang tahun penubuhan sekolah ini dan program yang sedia ada yang berlaku setiap tahun. Tanggal 21 Oktober tahun ini merupakan ulang tahun penubuhan sekolah ini, hari tersebut juga merupakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan. Tahun ini, Hari Ucapan merupakan program kemuncak sambutan 200 tahun Penang Free School dengan kehadiran bekas-bekas pelajar "Old Free" dan juga keberangkatan mencemar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bagi merasmikan Hari Ucapan sekali gus merasmikan 200 tahun ulang tahun penubuhan Penang Free School.
SEKOLAH PERTAMA KU BERKHIDMAT
Posted by
zaidiabdrahim
on Wednesday, September 28, 2016
/
Comments: (0)
BERMULANYA SEORANG MAHASISWA PENDIDIKAN.
Posted by
zaidiabdrahim
on Tuesday, September 27, 2016
/
Comments: (0)
Pada tahun 2008, Insan yang kerdil ini berasa terharu apabila membaca sepucuk surat. Surat tersebut menyatakan tawaran belajar ke peringkat ijazah sarjana muda, lebih gembira ahli keluarga kerana tawaran ini juga menawarkan bidang pendidikan. Riaksi yang paling gembira adalah orang tua ku iaitu ibu dan ayah yang menginginkan anak-anaknya mendapat pekerjaan yang baik dan menjamin masa depan malahan bakal mencurahkan ilmu kepada masyarakat juga.
Dengan keizinan dan harapan tinggi daripada kedua ibubapa dan ahli keluarga, diri ku ini terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh lagi belakang bagi mencapai kejayaan walaupun pada peringkat awal ada sedikit masalah yang timbul. Alhamdullilah dengan berkat doa semua ahli keluarga dapat atasi dengan baik. Sampai di Tanjung Malim, Perak diri ku ini berasa teruja kerana dapat sambung belajar di menara gading yang merupakan harapan bagi setiap anak muda untuk mencapai cita-cita dan dapat juga merasai berdikari ketika berjuahan dengan keluarga.
Pada mulanya agak janggal bagi diri ku ini kerana aku berasal dari kampung dan kawasan pendalaman di utara, Kedah. Diri ku ini tidak bergitu arif dengan dunia luar ketika itu. Ketika itu juga lah berlaku kejutan budaya terhadap diri ku ini. Alhamdullilah masih dapat mengawal tingkah laku dan disiplin terhadap diri ku ini. Sepanjang pengajian selama 4 tahun, diri ku ini telah menimba pelbagai ilmu dan pengalaman secara langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan bidang pendidikan dan lain-lainnya. Diri ku ini telah mencuba pelbagai cabaran dan merebut peluang bagi menimba ilmu dengan menyertai badan, persatuan dan organisasi yang ada di UPSI. Antaran yang paling aku bergiat aktif adalah Persatuan Mahasiswa/i Kemahiran Hidup UPSI dan Sukarelawan Siswa/i Polis (SUKSIS). Pelbagai kenangan manis sepanjang aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan mengasah bakal yang ada pada diri ku ini, sebelum ini kurang dedah di peringkat sekolah kerana diri ku dulu seorang pemalu dan gemuruh ketika dihadapan orang ramai.
Sepanjang pengajian juga, telah menjadikan diri ku ini seorang yang suka melakukan sesuatu yang baru dan mencabar tahap keupayaan diri sendiri dengan mengambil peluang yang ada sama ada dalam bilik kuliah sehinggalah padang kawad. Seorang bakal pendidik bukan hanya tahu apa yang hendak disampaikan kepada orang lain tetapi perlu mengetahui keupayaan, kelebihan dan kelemahan diri sendiri untuk menjadikan diri sendiri yang mempunyai perwatakan yang tersendiri.
Pada Tahun ketiga, tarikh 10 Julai 2011 diriku ini telah berjaya menamatkan latihan sebagai anggota SUKSIS. Selama 2 minggu berkampung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalani latihan kawad dan lintas hormat kepada barisan tertinggi pasukan polis negara iaitu Ketua Polis Negara. Alhamdullilah syukur akhirnya dapat menerima Sijil Kor Suksis IPTA dengan jayanya, mendapat pangkat Inspektor Kor Suksis Insp/KS40010. Terima kasih tidak terhingga kepada kesemua jurulatih dan pegawai SUKSIS UPSI yang banyak membantu diri ku ini menamatkan latihan selama 3 tahun dan memberi ilmu dan pengalaman dalam dunia kepolisan. Secara tidak langsung menjadikan diri ku ini lebih berdisiplin, tegas dan cepat bertindak dengan arahan. Pada tahun berikutnya. Sekali lagi diri ku ni berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda pendidikan pada tempoh yang telah ditetapkan. Berkat doa kedua orang tua dan ahli keluarga ku dan disiplin diri ku ini. Aku juga mendapat beberapa kali sijil dekan sepanjang pengajian dan akhirnya mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) dengan Kepujian Kelas Kedua Atas.
Tarikh keramat iaitu pada 09 Mei 2012, Diri ku sekali lagi dapat naik pentas konvokesyen, kali ini di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah UPSI bagi menerima ijazah sarjana muda pendidikan daripada tangan Canselor UPSI sendiri Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Zara Binti Salim Davidson.
Bermulalah Seorang Pendidik Muda dengan panggilan " Cikgu Zaidi "
SEJARAH PENDIDIKAN KU.
Posted by
zaidiabdrahim
on Monday, September 26, 2016
/
Comments: (0)
Mendapat pendidikan awal di pusat asuhan keda (Tadika) satu ketika
dahulu. Di awal usia 4 tahun sehinggalah usia 6 tahun. Pusat Asuhan Keda
tidak jauh dengan rumah kerana masih dalam kawasan kampung, pusat
asuhan ini bergabung dengan surau, tingkat atas
merupakan surau manakala bawahnya merupakan pusat asuhan kanak-kanak bagi
penduduk kampung tersebut. Bangunan tersebut sudah tiada sekarang kerana surau kampung di naik taraf bagi menampung jumlah jemaah serta bangunan sebelum ini sudah tidak selamat digunakan lagi. Seterusnya menyambung pendidikan di
sekolah rendah iaitu SK Siong daripada usia 7 tahun hingga 12 tahun (1995 - 2000).
Pada tahun 6 telah menduduki peperiksaan awan iaitu Ujian Prestasi Sekolah Rendah ( UPSR ) pada tahun 2000.
Mendapat keputusan agak baik dalam UPSR dan meneruskan pelajaran ke sekolah menengah iaitu SMK Siong. Sekolah ini tidak jauh dengan sekolah rendah sebelum ini. Jarak sekolah dengan kampung lebih kurang 5 km sahaja. Menimba ilmu sebaik mungkin selama 5 tahun dari tahun 2001 sehingga 2005. Pada tahun 2003 sekali lagi menduduki peperiksaan awan dikenali sebagai Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) kalau masa kini setaraf dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) walaupun keputusan agak cemerlang masih meneruskan pelajaran sehingga ke tingkatan 5 meski pun mendapat tawaran belajar ke institusi pendidikan lain iaitu Politeknik dan seangkatan dengannya.
Pada tahun 2005 sekali lagi menduduki peperiksaan awan yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan SPM ini akan menentukan langkah seterusnya untuk ke universiti atau setaraf dengannya. Dengan berbekalkan keputusan cemerlang telah mendapat 3 tawaran pengajian bagi aliran berbeza. Akhirnya kata sepakat ahli keluarga keputusan sambung pelajaran dengan menyabung belajar Tingkatan 6 di SMK Baling, sekolah tersebut di tengah-tengah kawasan pekan baling. Jarah rumah ke sekolah ajak jauh dengan itu menumpang dan berkongsi rumah sewa dengan sepupu Ustaz Zaidi ( arwah ) bagi mudahkan berulang alik ke sekolah tapi hanya tahun pertama ( 6 bulan ) sahaja. Tahun 2 berulang dari rumah kakak sulung di Kuala Ketil ke Baling.
Pada tahun 2007, menduduki peperiksaan awan yang paling mencabar dan sukar iaitu peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat keputusan yang cemerlang tanpa melepaskan peluang untuk menyambung pengajian lebih tinggi dengan memohan universiti-universiti awan Malaysia. Pada tahun 2008, Akhirnya mendapat tawaran pengajian salah sebuah universiti terkenal dalam bidang pendidikan di Malaysia iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebelum itu kenali sebagai IPSI sebelum dinaik taraf menjadi sebuah universiti awan. Selama 4 tahun menimba ilmu dan pengalaman untuk menjadi seorang insan bergelar guru juga pendidik.